Sunday, May 29, 2022

TUJUAN DAN FUNGSI PERATURAN-PERATURAN YANG DILAKSANAKAN DI MALAYSIA


Tujuan dan fungsi Peraturan-peraturan yang dilaksanakan di Malaysia.



Tujuan & Fungsi:

1.PENCEGAHAN:

•Mencegah guru-guru atau pegawai pendidikan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh memburukan imej institusi pendidikan negara dan penyalahgunaan kuasa.

•Selain itu untuk mengelakkan dari berlakunya amalan-amalan yang melanggar peraturan-peraturan tersebut.

•Contoh: cara pencegahan yang digunakan seperti Surat pekeliling, memo pemberitahuan dan papan tanda amaran.

 

 2. PERINGATAN:

•Memastikan guru-guru serta pegawai pendidikan sentiasa menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

•Memberi peringatan kepada para guru serta pegawai pendidikan tentang akibat dan hukuman sekiranya tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

•Mengingati para guru serta pegawai pendidikan agar sentiasa berwaspada dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan

•Contoh: memberi amaran lisan/bertulisdan surat tunjuk sebab.

 

3. PENGAJARAN:

•Memberikan pengajaran kepada para guru serta pengawai pendidikan melalui kes-kes yang lepas serta hukuman yang dikenakan untuk setiap kesalahan yang dilakukan.

•Tindakan yang dikenakan sebagai iktibar dan panduan kepada pegawai yang terlibat dan pihak-pihak yang lain agar perkara yang sama tidak berulang.

•Contoh: Hukuman diturunkan pangkat & ditukarkan tempat kerja.

 

Dengan ini jelaslah bahawa Tujuan dan Fungsi Peraturan-Peraturan yang dilaksanakan di Malaysia sangat penting bagi menggelakan kejadian salah laku para pendidik dan dapat menggelakan pelbagai kes yang tidak diinginkan terjadi di dalam sistem pendidikan di negara kita. Kesimpulannya kes salah laku yang melibatkan para pendidik contohnya kejadian para guru ponting kelas, kejadian para guru tidak mengajar, pelajar dipukul oleh guru dan sebagainya dapat dielakan dengan adanya peraturan-peraturan yang dilaksanakan di Malaysia iaitu melalui Pencegahan, Peringatan dan Pengajaran

 
CONTOH KERATAN AKHBAR YANG MEMAPARKAN KEJADIAN SALAH LAKU PARA PENDIDIK:






RUJUKAN:

Zaini Abdullah (2021), Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah dan Dasar, Tanjung Melim Perak, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kosmo 18 Januari 2012, Pelajar Didakwa Dipukul oleh Guru Sehingga Pengsan, Teluk Intan, Perak

Sinar harian 25 September 2014, Saya rayu agar guru berhenti pukul, Kuala Terengganu




Featured Post

HUBUNGKAIT KERJAYA GURU DAN AMALAN KOD ETIKA PROFESIONALISME DI MALAYSIA

HUBUNGKAIT KERJAYA GURU DAN AMALAN KOD ETIKA PROFESIONALISME DI MALAYSIA Kerjaya Guru             Kerjaya guru merupakan guru itu sebagai sa...