HUBUNGKAIT KERJAYA GURU DAN AMALAN KOD ETIKA PROFESIONALISME DI MALAYSIA
Kerjaya
Guru
Kerjaya guru merupakan guru itu
sebagai satu pekerjaan yang mulia dimana tugas dan tanggungjawab yang diberi, membentuk
murid-murid dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelek selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menurut Akta Pendidikan 1996,
“Guru” bererti seseorang yang mengajar murid di suatu institusi pendidikan atau
menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang
dikembalikan atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru
besar atau pengetua. Selain itu, H. Syamsul Bahri Tanrere (1993) menyatakan
guru adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam pendidikan dan
pengajaran, kerana gurulah yang akan bertanggungjawab dalam membentuk peribadi
seorang murid.
Nilai
etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia
Dalam bidang
pendidikan, etika keguruan digubal pada tahun 1970-an yang membawa maksud satu
set tingkahlaku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat
dan negara dan rakan sejawat serta profesion. Oleh itu, setiap guru yang sedang
berkhidmat wajib akur dan tidak melanggar etika ini. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menggariskan tujuh nilai kerja yang wajib diamalkan oleh guru.
Perkataan etika ini merupakan bahasa
yang berasal daripada bahasa Greek yakni ‘ethos’ yang membawa maksud sikap atau
adat yang menentukan tingkahlaku seseorang. Etika ini juga dicpta demi Menyusun
sikap masyarakat melalui set peraturan dalam sistem sosial. Etika ini akan
menjadi panduan seseorang untuk menentukan sama ada tindakan seseorang betul
atau tidak sesuai.
Amanah merupakan sifat
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan
kedudukan. Nilai Amanah ini yang diterapkan dalam diri seorang guru adalah
sentiasa menjalankan kerja yang diberikan dengan penuh tanggungjawab tanpa
penyelewengan dan cuai. Seorang guru harus bersedia dalam menjalankan apa jua
tugas yang diberikan dengan tanpa mengabaikan nilai etika kerja. Nilai Amanah
ini juga penting dalam diri seorang guru dalam melakukan kerja diberikan iaitu
seorang guru harus menggunakan masa dengan sebaiknya dan menyiapkan kerja dalam
tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan
peribadi.
Nilai etika benar juga
merupakan antara tujuh nilai kerja yang wajib diamalkan dalam bidang keguruan.
Benar ini merujuk kepada seorang guru yang benar pada niat dan perbuatannya.
Seorang guru harus mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Seorang guru akan mempunyai tugas yang banyak perlu diuruskan dan
disiapkan pada suatu masa, jadi niat guru yang baik dalam mengurus dan
menyiapkan tugas amat penting sepanjang proses melakukan tugasan bagi tidak
menimbulkan masalah dan tidak membuat kerja dengan sambal lewa.
Nilai etika bersyukur juga
antara nilai kerja yang wajib diamalkan oleh seorang guru. Nilai kerja
bersyukur ini merujuk kepada perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan
pemberian. Bersyukur dalam nilai kerja ini disifatkan seperti tenang menghadapi
masalah dan reda menerima kegagalan dan ujian serta tidak mudah putus asa.
Penting seorang guru bersyukur dalam melakukan kerja supaya kerja yang
dilakukan itu tidak terjejas dengan perasaan yang tidak menentu.
Selain itu, dedikasi juga
merupakan nilai etika kerja yang wajib diamalkan oleh seorang guru. Dedikasi
ini merujuk kepada seorang guru yang berminat dan rela berkorban masa dan
tenaga berterusan dalam menghasilkan kerja berkualiti. Nilai dedikasi ini akan
membolehkan seorang guru akan bekerja dengan tekun tanpa rasa jemu dan bosan,
sentiasa sedia menerima tugasan dan sanggup berkoban masa dan tenaga. Hal ini
akan memastikan seorang guru akan konsisten dalam melakukan kerja apabila nilai
dedikasi ini diterapkan oleh seorang guru. Seorang guru yang cergas dan pantas
serta hasilnya menepati kehendak organisasi akan dapat dibentuk daripada nilai
dedikasi ini.
Seterusnya, ikhlas juga
merupakan nilai etika kerja yang wajib diamalkan oleh seorang guru. Ikhlas ini
merujuk kepada seorang guru yang berhati suci menunaikan tanggungjawab untuk
menghasilkan kerja terbaik. Hal ini kerana seorang guru harus menerima
tanggungjawab dengan rela hati, tidak berpura-pura atau mengelak amanah yang
diberikan. Ikhlas melakukan kerja akan mendorong seorang guru saling
menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan. Oleh itu,
keikhlasan guru dalam menjalankan tugas sangat penting untuk seorang guru kekal
komited sepanjang menjalankan tugas sebagai pendidik.
Bijaksana merujuk kepada bagaimana
seseorang guru ini dapat menggunakan kebijaksanaan dalam membuat keputusan dan
tindakan. Bijaksana ini juga antara nilai wajib diamalkan oleh seseorang guru
apabila melakukan tugas sebagai seorang pendidik. Seseorang guru dapat
melakukan tugas yang diberi dengan menggunakan seluruh, potensi, keupayaan dan
kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas. Kerja yang bermutu dan berkualiti
dilakukan oleh guru merupakan guru yang sentiasa berusaha melakukan kerja
dengan kebijaksanaan yang ada pada diri mereka. Guru juga harus mempunyai
fikiran rasional dan pertimbangan yang saksamam dalam menyelesaikan masalah.
Dengan kebijaksanaan yang ada dalam seorang guru membolehkan guru sentiasa
mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.
Akhir sekali, penyayang
merupakan nilai etika yang wajib diamalkan oleh seorang guru. Penyayang merujuk
kepada seorang guru mempunyai perasaann dan perlakuan yang menunjukkan sikap
memahami, menghargai dan mengambil berat. Seorang guru juga penting mengamalkan
nilai penyayang dalam diri mereka supaya mewujudkan sifat pemaaf dan penyayang,
tidak berdendam dan meninggi diri. Sifat penyayang penting apabila seorang guru
melakukan kerja apabila bersama rakan sejawat, anak murid dan ibu bapa. Oleh itu,
suasana kerja akan lebih baik apabila nilai penyayang diterapkan oleh guru.
ISU
1
Isu 1 ini menunjukkan bahawa kesan apabila guru tidak mengamalkan nilai etika yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilai etika ini amat penting untuk guru dan seharusnya diamalkan oleh guru dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Dalam keratan akhbar telah menyatakan yang guru yang ponteng kerja selama sebulan yang dapat memburukkan profesion guru ini. Oleh itu, seseorang guru yang telah ponteng selama sebulan akan diberhenti kerja dan perkara ini dipandang serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Nilai etika amanah ini wajib diamalkan oleh guru bagi tiada berlaku kes begini. Amanah ini merupakan guru yang mempunyai sifat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Nilai etika dedikasi juga harus ada dalam diri seseorang guru bagi memastikan mereka terus komited dalam melakukan kerja. Tegasnya, nilai etika amanah dan dedikasi ini penting tetapi tidak mengabaikan nilai etika lain yang harus diamalkan semasa menjalankan tugas.
Isu
2
Dalam
isu 2 ini menunjukkan seseorang guru yang bernama Mohammad Shaffuan yang
mengajar sekolah pendalaman Baram di Sarawak iaitu Sekolah Kebangsaan Long
Sepiling. Dalam keratan akhbar ini, guru Muhammad Saffuan bersama anak muridnya
telah terpilih menjadi wakil Malaysia Tokyo, Jepun dalam pertandingan Kid
Witness peringkat antarabangsa. Daripada isu ini menunjukkan guru ini
mengamalkan nilai etika kerja dalam melakukan tugas. Guru ini telah menggunakan
kebijaksanaan yang ada untuk mengajar anak muridnya sepenuh hati dalam membimbing
anak muridnya mewakili pertandingan peringkat kebangsaan. Nilai dedikasi yang telah
ada dalam diri guru ini kerana guru ini berkerja dengan tekun tanpa rasa jemu
dan bosan, sentiasa sedia menerima tugasan dan sanggup berkorban masa dan tenaga.
Guru ini juga ikhlas dalam melakukan kerja walaupun beliau mengajar di sekolah
pendalaman tanpa mengira status kaum dan agama. Oleh itu, nilai etika kerja ini
dapat meningkatkan profesional guru dalam menjalankan tugas dan memberi panduan
dalam menentukan tindakan mereka.
RUJUKAN
Zaini Abdulah.(2021): Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar. Tanjong Malim Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.